About Me




Assalamualaikum hi,




Sebelum aku perkenalkan diri izinkan aku meminta maaf terlebih dahulu sebab mungkin aku dah terbazirkan masa korang dengan menye- talk (stalking) blog picisan lagi sendu aku ni. wahh sungguh merendah diri disitu. 

Nama dalam ic Nurafiqah yang membawa maksud Nur = Cahaya , Afiqah = Sangat pemurah, Sangat Berpengetahuan. InshaAllah semoga maksud di sebalik nama dapat memberi kepada semua orang. And now baru aku tahu kenapa dulu bila member aku nak pinjam pemadam ke pensel ke (sampai buat ghete [ baca : harta] aku pantas merelakan sahaja. Ciaaa ayat 😁😁😁 Rupa-rupanya sifat pemurah tu sudah tertanam di dasar hati wahhh gitu. Takda lah gurau je, actually aku kesian kat depa. Tak bagi pinjam karang emmm paham-paham la yer. Fyi, nama aku tuh sebenarnya bukan eja macam tu, sepatutnya ada jarak sikettt Nur Afiqah haa gitu. Memula aku pun pelik sebab pasaipa macamtu . Lepas aku selidik punya selidik baru aku tahu rupanya masa register nurse tu tersalah tulis nama aku. Kongsam punya nurse. Tapi aku husnuzon, maybe masa tu dia ngantuk sebab shift malam (kot hahahaha). Btw, unik jugak en (k perasan)

Aku lahir 21 tahun yang lalu pada 11 Oktober di Negeri Sembilan. Kedua dua mak ayah aku memang orang Negeri Sembilan dan secara langsungnya menjadikan aku terdiri daripada anak jati negeri sembilan dengan suku Selemak Minangkabau wuuu hahaha. Tapi malangnya sepatah haram pun aku tak paham bahasa minang. Derhaka sungguh bukan? Apasal pulak aku confess kat sini? 

Lahir di tanah adat perpatih membuatkan aku serba sedikit berbangga (boleh la). Sebab apa? Sebab kat Malaysia ni hanya di Negeri Sembilan sahaja yang masih mengamalkan adat resam sehingga hari ini. Dan dalam amalam adat perpatih di negeri sembilan ni setiap orang ada suku tersendiri. Semuanya ada 12 suku... bukan 3 suku ekk itu lain hahahhaha. Kalau nak tau lebih lagi pi la google 

Aku juga merupakan bekas pelajar salah sebuah ipta di Malaysia. Dan juga bekas pelajar Accounting yang kini giat menjalankan bisnes perfume. Dan ye.. masih single ehh lahh menyempat 

Blog picisan ini adalah diari online bagi aku.. bukan tak nak tulis dairi tapi tulisan aku buruk yakmatt.
Ini pun adalah blog aku yang ketiga.. yang kedua dah delete sebab ada masalah teknikal pebenda entah. Yang first tu emmm tinggal kenangan sebab dah lupa username serta password. Harapnya tiada yang tersinggung dengan penulisan aku nih.. tapi aku pasti tiada sebab siapa je nak baca blog aku ni wahahahaha

Sekian macehhh 






No comments:

Post a Comment