Assalamualaikum
Setiap yang bernyawa pasti merasai mati,
Dan ternyata benar janji Allah itu pasti,
Mungkin hari ini, mungkin esok, tiada sesiapa pun yang mengetahui,
Tapi yang pasti kain kafan sedang di tenun tanpa kita sedari.
Hari ni, 23 Disember 2016. Genap sebulan. Arwah nenek pergi meninggalkan aku dan keluarga.
Wallahi tak terungkap dengan kata-kata. Dengan tiba-tiba dia pergi menghadap Pencipta.
Tak pernah aku sangka kami akan letak nama 'arwah' pada pangkal nama nenek. Nenek sihat. Tak sakit. Memang betul apa yang aku baca. Syarat mati tu bukan tua. Bukan sakit. Bukan muda. Tapi TAK MENGENAL SIAPA . Bila mana Allah Swt perintahkan Izrail tu datang untuk mencabut nyawa. Siapa pun takkan dapat halang. Takkan.
Selama hayat nenek masih ada, kami sekeluarga yang jaga dia. Nenek ada 3 orang anak. Nenek pilih untuk tinggal dengan mak, anak dia yang last.
Dulu nenek ada tenaga yang kuat untuk masak, tanam sayur, sapu sampah, jalan-jalan pergi rumah jiran sebelah etc. Seronok masa ni. Aku rasa aku cucu dia paling degil kot. hehehe, sebab aku selalu buat dia rasa annoying sampai kadang-kadang kena marah and kena cubit 😅😅😅😅
Ingat lagi masa main kejar-kejar waktu kecik, aku tak sengaja terpijak cermin mata dia. Bukan main marah nenek waktu ni. Tapi kejap je. Mungkin sebab dia tahu, cucu dia tak sengaja. Maafkan adik ye
Syukur, Alhamdulillah untuk semua kenangan yang ada. Suka dan duka. Moga tak terpadam dari jiwa. Sampai sekarang aku rasa masih terngiang-ngiang suara dia dalam rumah ni.
Setahun sebelum dia meninggal, Allah SWT tunjuk kebesaranNya kepada kami. Nenek dah tak macam dulu, dia kembali kepada kejadian asalnya. Makan pakainya disediakan seperti bayi. Kalau dulu, nenek tahu ambik nasi sendiri. Kalau lapar, dia sendiri yang tambah. Tapi beberapa tahun sebelum dia meninggal, tak pernah keluar dari mulut dia perkataan lapar. Kalau lapar pun dia senyap je. Mungkin dia tak nak menyusahkan kami ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Aku selalu sedapkan hati aku sendiri. Aku akan hidup dengan orang yang aku sayang sampai bila-bila. Aku paling tak suka tengok van jenazah naik sampai ke perkarangan rumah. Bagi aku cukup la last van tu naik 11 tahun dulu dan bawa arwah ayah di dalamnya. Tapi aku salah. Arwah nenek pula menyusul selepas pemergian ayah.
Allahu... betapa aku rindu nak sikat rambut nenek. Sapu bedak dekat muka dia. Potong kuku jari/kaki dia. Letak perfume dekat baju dia. Buatkan air untuk minum petang. Bergurau dengan dia even mak marah. Semua tu takkan berulang lagi.
Allahu... betapa aku rindu nak sikat rambut nenek. Sapu bedak dekat muka dia. Potong kuku jari/kaki dia. Letak perfume dekat baju dia. Buatkan air untuk minum petang. Bergurau dengan dia even mak marah. Semua tu takkan berulang lagi.
Dulu mungkin aku tak faham maksud kehilangan. Apa je budak umur 9 tahun faham bila salah seorang ahli keluarga dia dijemput Illahi. Tapi sekarang aku lebih mengerti. Sakit rasanya. Tak tergambar. Cuma aku nak pesan sesuatu. Kepada yang membaca, aku tak kenal siapa korang. Cuma, aku mintak supaya hargai semua orang disekeliling kita. Mungkin hari ni kita bergelak ketawa dengan mereka. Tapi siapa tahu, esok kita duduk di atas rumput sambil mendengar talkin dan mengamin kan doa untuk orang yang kita sayangi. Wallahualam.
Al-fatihah, nenek. Semoga Allah menempatkan roh nenek dan ahli keluarga yang telah tiada di dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan kita dipertemukan kembali di akhirat nanti. Tenanglah disana, doa kami mengiringi pemergianmu 😢
Bila Tiba by Ungu
No comments:
Post a Comment