26 Dec 2016

Jangan hidup dalam expectation orang lain


Assalamualaikum, hi



Image result for looking at stars wallpaper



Kita semua mesti nak jalani hidup di dunia ni dalam keadaan yang tenang dan happy kan? (ayat lame)
Siapa je lah nak hidup dalam suasana suram dan berduka lara ye dakk
Mana yang cakap tak nak tu maybe dah boleh cepat-cepat register masuk hospital bahagia kat tanjung rambutan sana.. itu pun kalau diterima sebab mana ada pesakit suka rela nak masuk hospital tu hahahaha

k gurau

Sebenarnya, tujuan entri kali ni adalah kerana aku nak buat sesi cetusan hati dan dedikasi [baca dengan intonasi jamal jamaludin sinar fm ganda 23!!!! ]

Aku bukan jenis kaki selfie 24 jam. Cuma kadang-kadang bila mood nak selfie sampai 25 juta shots tu datang ianya hanyalah disebabkan oleh faktor shawl yang aku pakai nampak cantik dan heksited test pakai lipstick baru beli. haa tu je. Sebabnya aku jenis yang simple. Keluar rumah tempek bedak compact lipstick sikit settleeee

(kepada bakal suami, saya bukan jenis selekeh atau malas bergaya. Saya jenis adore simplicity ye awak)

Wahh terus ber 'saya' 'awak' mak enon wakaka

Ok, nak dijadikan cerita. Aku jenis tak suka letak gambar sendiri dekat dp whatsapp. Kadang-kadang aku main rembat quotes atau gambar actor/actress/singer yang aku suka. Kalau penyanyi pulak aku paling suka Afgan (saja gedik confess) 


Related image

homaigaddd... like seriously. Siapa je tak suka mamat ni? Boleh cair kot kalau jumpa depan-depan.
Ke aku je?

Tak payah nak buek muko polik naa. Macam la korang tak pernah crush kat mana-mana retis kan? Paling tak pun senior satu course ataupun abang MPP wahahahaha

Tapi yang paling aku sedih sebab si Afgan ni selalu nau buat konsert kat Malaysia. And guess what? Tak pernah langsung dapat peluang pergi tengok dia nyanyi live huwaaaaa~ *hentak kaki*

Entah-entah nasib aku sama dengan Lin Truly dalam citer Our Times tu . Dah kerja pun still tak dapat pergi konsert artis dia suka. Tapi endingnya dia pergi jugak. Sebab crush dia yang aturkan konsert special untuk dia wahhhh. Kalau aku dalam mimpi je lah ekkk

Kenapa pulak aku buat pengakuan terbuka kat sini?

Ok kali ni serius.. memandangkan semalam aku dengan jakun nya letak gambar aku as profile picture whatsapp (sebab beli lipstick baru) . Esoknya... phooofff. Terus kawan aku pm tepi dengan ayat annoying level 8 dia bagi ngkooo


"tak sangka dp kau macam ni"


Image result for annoyed gif


aku terus macam ehhh? what the heck?? dia ni sindir ke impress? lepastu mula la setan kat sebelah dok hasut macam-macam. menyibuk la, mulut laser la, dengki nokharomm la aishhh.. kongjaq no hang syaiton

Tapi bila aku fikir-fikir balik. Kenapa ek dia kena sent camtu kat aku? Bukan lah nak menangkan si setan durjana nih tapi bila fikir balik. Kenapa tak boleh nak jaga hati orang? Adakah sebab dia terlebih up to date sampaikan dia kena pandang orang sebelah mata ? Ni yang buat aku pelik sikit dengan manusia jenis cenggini.

Daripada mood aku elok terus moody kejap. Profile whatsapp pun aku letak gambar aku. Bagi aku selagi menutup aurat, tak jadi hal pun.  Haihh serius tak paham

So, kesimpulannya sangat simple. Jangan hidup dalam expectation orang. Kalau kita rasa sesuatu benda yang kita buat tu boleh happy diri kita. Just go. (benda yang baik lah ye, jangan engko pi bantai terkinja-kinja menari tarian sotong dak-dak raver tu. Memang mintak kena sebat dengan getah paip la jawabnya bila balik rumah )

Macam case aku ni. Kan dah jadi tak best. Daripada elok-elok sembang kat whatsapp terus aku buat muncung itik bila kawan aku cakap gitu. Spoil mood iolss. Semuanya pasal dp whatsapp je. Benda kecik je pun, tapi boleh buat aku jadi terasa. Haihh no good betul ekk

Jadi kepada sesiapa yang membaca post aku ni, sila lah ambil iktibar ye. Cakap jangan main lepas je, jaga sikit perasaan orang. And kepada yang asyik menjaga hati orang/ selalu hidup dalam expectation orang ni. Tolonglah berhenti. Banyak lagi kerja lain kau boleh buat ok

Bye


p/s : betul ke afgan tu bercinta dengan rossa ek? Kalau ye... afghanistan betul. Penyanyi aku favourite tu






2 comments:

  1. sy jarang post gmbr sorang. nmpk meriah kalau post gmbr ramai2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, tapi bila post gambar ramai2 ada pulak kengkawan yg tanya "gambar aku asal takde?" terus tetiba rasa nak marah hehehe

      Delete