30 Jan 2017

Pelukis Jalanan by Teme Abdullah


Assalamualaikum hi,


Aku jarang ngat ngat baca buku fiksyen/ non fiksyen. Kalau dulu aku rajin gila baca novel.. you named it. First novel cintan cintun yang aku baca adalah Bicara Hati, masa tu aku baru Form 1. Sampai sorok bawah tilam sebab aku takut mak aku tahu kekeke

Few years back ni, memang aku takda hati nak baca novel cinta. Bagi aku mengarut nak mateyy. Macam cuba pasakkan otak pembaca novel dengan cerita cinta entah apa-apa. Drama kat astro ria tu lagilah.Sekali sekala je aku tengok aku itupun sebab boring. Ehh jangan marah dulu, masing-masing ada citarasa yang berlainan kan? Kalau korang suka tengok drama melayu just go. Tapi aku tak suka thats it.

Baru-baru ni, aku pergi MPH sebab nak cari buku ni haa


Image result for pelukis jalanan teme abdullah


sebelum ni aku pernah nampak dekat rak buku bookstore tapi aku macam tak tergerak hati nak beli. Sombong nauu iollss masa tu. Tapi lepas trending dekat twider terus aku cam 'ehh, kenapa pula aku harus tertinggal di belakang pada pasca pemodenan inihh?' 

(ayat cover sebab berlagak level 1 si tanggang tak sedor diri)

maka aku nekad mengerakkan kaki ke tingkat 1 Aeon Seremban 2 usai mengisi perut di Johnny's bersama keluarga tercinta woww ayat woww 

mula-mula baca 'wahh, not bad' kata diriku. Dalam masa 2 hari setengah aku habiskan buku Encik Teme ni. Siap nangis-nangis and lap dengan baju. Emosi jap aku.

First time aku dapat baca buku yang 'hidup' macam ni. Bukan cerita cinta yang di reka -reka. Isi buku tu penuh dengan pengalaman + pengajaran hidup. Memang terbaik. Kalau aku dekat tempat Teme tu dah nangis-nangis dah kat bucu katil. Paling tak boleh blah part dia kena game dengan Orange tu eiiii. Memang sakit hati betul dengan manusia yang suka tikam belakang ni, aku pun pernah kena gak. I can feel you Teme. 

Secara overall nya memang buku ni bagi inspirasi + semangat dekat aku, kalau lah aku beli buku ni awal-awal lagi emmmm nyesal dah aku. Tulah suka lagi jugde a book by its cover... padan muka aku

Last but not least, aku dedikasi kan gif snow white ni untuk Teme Abdullah sebab hasil penulisan dia yang superb and lukisan dia yang aweeesomeeeeeee~ 

Image result for clapping hand gif


macam kena sampuk pulak snow white ni kahkahkah



p/s : macam mana nak pronounce ek nama Teme tu? Curiga aku 


As salam, bye :)








6 Jan 2017

Just don't



Image result for beach gif




Don't be afraid of change, it might leads you to the beautiful roads

Don't be afraid of losing someone, because it is the part of life and lesson too

Don't rely on anyone, because it might hurt yourself

Don't lose hope, because you never know what tomorrow will bring

Don't... just don't



1 Jan 2017

Sambutan tahun baru



Assalamualaikum, hi



(tajuk dah macam karangan upsr dolu-dolu tapi markah kena potong half sebab ayat tak bombastik macam novel omputih puihh)

Well, semalam tahun 2016 baru je melabuhkan tirai. Jadinya, tamat la segala jenis jalan cerita tok nenek sepanjang tahun nyet nyet (monyet). Tak kisah la sama ada citer cinta sedih sebab kena prank dengan abang posmen atau cerita gembira lagi asyik sebab dapat straight A pt3. Semuanya dah berlalu dan tinggal kenangan. Oleh itu, terima lah skrip kurang waras dari aku sebagai tanda ucapan selamat tinggal kepada tahun 2016.




Image result for waving gif


Hewi potahh : Jumpa lagi penyapu~ ...ehh hagrid 

Hagrid : Berambus la cepat budak spek power 1000!

Hahaha.. kongsam betul



Walaupun tak relate dengan tahun baru kennnn kikiki

Sambutan tahun baru bagi aku.. umm, hambar. Hahaha, sebab aku sambut sorang-sorang.
Famili aku yang lain buat dunno jek, maybe sebab masing-masing dah besar kan. So, apa la sangat nak beria jerit happy new year depan tv sambil makan nasik pukul 12 tuh (ok tu aku, sila curse diri sendiri) hahaha

Apa lagi ek?

Oh...azam. Macam biasa, recycle tahun lepas punya lepas punya azam yang asyik tak menjadik. Jadi tahun ni, kena kental sikit semangat semoga azam tu tak jadi buih-buih kecil dilautan (tak relate lagi)

So, that's all. Selamat tahun baru semua... semoga tahun 2017 ni menjanjikan pengalaman manis buat kita semua Amin

p/s : still tak boleh move on dengan quote tahun baru yang tak berapa nak quote tuh.
"2017, tahun kumpul duit. Ada jodoh kahwin, takde jodoh travel". Ehh, please la aku kumpul duit nak beli set dnars. (masih tak relate)