26 Dec 2016

Jangan hidup dalam expectation orang lain


Assalamualaikum, hi



Image result for looking at stars wallpaper



Kita semua mesti nak jalani hidup di dunia ni dalam keadaan yang tenang dan happy kan? (ayat lame)
Siapa je lah nak hidup dalam suasana suram dan berduka lara ye dakk
Mana yang cakap tak nak tu maybe dah boleh cepat-cepat register masuk hospital bahagia kat tanjung rambutan sana.. itu pun kalau diterima sebab mana ada pesakit suka rela nak masuk hospital tu hahahaha

k gurau

Sebenarnya, tujuan entri kali ni adalah kerana aku nak buat sesi cetusan hati dan dedikasi [baca dengan intonasi jamal jamaludin sinar fm ganda 23!!!! ]

Aku bukan jenis kaki selfie 24 jam. Cuma kadang-kadang bila mood nak selfie sampai 25 juta shots tu datang ianya hanyalah disebabkan oleh faktor shawl yang aku pakai nampak cantik dan heksited test pakai lipstick baru beli. haa tu je. Sebabnya aku jenis yang simple. Keluar rumah tempek bedak compact lipstick sikit settleeee

(kepada bakal suami, saya bukan jenis selekeh atau malas bergaya. Saya jenis adore simplicity ye awak)

Wahh terus ber 'saya' 'awak' mak enon wakaka

Ok, nak dijadikan cerita. Aku jenis tak suka letak gambar sendiri dekat dp whatsapp. Kadang-kadang aku main rembat quotes atau gambar actor/actress/singer yang aku suka. Kalau penyanyi pulak aku paling suka Afgan (saja gedik confess) 


Related image

homaigaddd... like seriously. Siapa je tak suka mamat ni? Boleh cair kot kalau jumpa depan-depan.
Ke aku je?

Tak payah nak buek muko polik naa. Macam la korang tak pernah crush kat mana-mana retis kan? Paling tak pun senior satu course ataupun abang MPP wahahahaha

Tapi yang paling aku sedih sebab si Afgan ni selalu nau buat konsert kat Malaysia. And guess what? Tak pernah langsung dapat peluang pergi tengok dia nyanyi live huwaaaaa~ *hentak kaki*

Entah-entah nasib aku sama dengan Lin Truly dalam citer Our Times tu . Dah kerja pun still tak dapat pergi konsert artis dia suka. Tapi endingnya dia pergi jugak. Sebab crush dia yang aturkan konsert special untuk dia wahhhh. Kalau aku dalam mimpi je lah ekkk

Kenapa pulak aku buat pengakuan terbuka kat sini?

Ok kali ni serius.. memandangkan semalam aku dengan jakun nya letak gambar aku as profile picture whatsapp (sebab beli lipstick baru) . Esoknya... phooofff. Terus kawan aku pm tepi dengan ayat annoying level 8 dia bagi ngkooo


"tak sangka dp kau macam ni"


Image result for annoyed gif


aku terus macam ehhh? what the heck?? dia ni sindir ke impress? lepastu mula la setan kat sebelah dok hasut macam-macam. menyibuk la, mulut laser la, dengki nokharomm la aishhh.. kongjaq no hang syaiton

Tapi bila aku fikir-fikir balik. Kenapa ek dia kena sent camtu kat aku? Bukan lah nak menangkan si setan durjana nih tapi bila fikir balik. Kenapa tak boleh nak jaga hati orang? Adakah sebab dia terlebih up to date sampaikan dia kena pandang orang sebelah mata ? Ni yang buat aku pelik sikit dengan manusia jenis cenggini.

Daripada mood aku elok terus moody kejap. Profile whatsapp pun aku letak gambar aku. Bagi aku selagi menutup aurat, tak jadi hal pun.  Haihh serius tak paham

So, kesimpulannya sangat simple. Jangan hidup dalam expectation orang. Kalau kita rasa sesuatu benda yang kita buat tu boleh happy diri kita. Just go. (benda yang baik lah ye, jangan engko pi bantai terkinja-kinja menari tarian sotong dak-dak raver tu. Memang mintak kena sebat dengan getah paip la jawabnya bila balik rumah )

Macam case aku ni. Kan dah jadi tak best. Daripada elok-elok sembang kat whatsapp terus aku buat muncung itik bila kawan aku cakap gitu. Spoil mood iolss. Semuanya pasal dp whatsapp je. Benda kecik je pun, tapi boleh buat aku jadi terasa. Haihh no good betul ekk

Jadi kepada sesiapa yang membaca post aku ni, sila lah ambil iktibar ye. Cakap jangan main lepas je, jaga sikit perasaan orang. And kepada yang asyik menjaga hati orang/ selalu hidup dalam expectation orang ni. Tolonglah berhenti. Banyak lagi kerja lain kau boleh buat ok

Bye


p/s : betul ke afgan tu bercinta dengan rossa ek? Kalau ye... afghanistan betul. Penyanyi aku favourite tu






24 Dec 2016

Gurauan kasar yang lembut



ASSALAMUALAIKUM



Image result for taylor swift gif



Bila bincang mengenai topik gurau kasar, semua orang ada pendapat masing-masing. Gurau kasar ni pun dah isu jadi basi. Bila tahap nak viralkan dekat sosial media pun ia akan jadi hambar tahap nak gigit casing fon sebab habis data aku je pi tengok video kau! terus kemurungan dekat bucu katil haa lebih kurang macamtu la

Ada 2 kategori manusia yang memang terlibat secara langsung dalam gurau kasar ni. Opkos la manusia kan. Takkan lah kucing betina yang kau sterilkan sebab asyik bunting je tuh.

Kategori 1 : jenis tak kisah. Alasannya, sebab dah selalu bergurau kasar tahap gigit biceps kawan
Kategori 2 : jenis sentap. Alasannya, ummm alasannya.... sebab memang tak suka orang yang gurau
                    kasar! kohangjo punyer budak!!! tapi bila dia membahan orang sampai tercabut pin
                    tudung kat leher tuhhh

Itu hanya pandangan aku. Tapi bagi aku sendiri, ada satu lagi kategori manusia dalam bergurau kasar.

JENG! JENG! JENG!


'KASAR YANG LEMBUT'


Haa.. ni lah dia .Korang mesti cam mende la minah ni ngarut. Dah kasar lembut pulak. Haihh

Sabar-sabar. Baca dulu... jangan nak terjah je.
Maafkan aku. Aku adalah sejenis manusia yang suka ayat-ayat pelik camtu. hahaha

Kasar yang lembut = even bergurau kasar pun tapi masih beradab!
See my point?

Jujurnya, aku adalah jenis manusia kategori ke 3 dalam bergurau kasar. Selalunya dengan kawan. Bukan lah maksud dengan famili aku tak bergurau. Cumanya kitaorang akan bergurau benda-benda simple. Macam throwback zaman kecik-kecik dulu. Bergurau pasal perangai masing-masing bila mengigau. Suka ulang-ulang skrip citer pramlee,zombi kampung pisang, hantu kak limah. Dan lain-lain.
Tak pernah lagi bergurau kasar yang extreme sampai masing-masing menyentap 3 tahun.

Tapi bila aku dengan kawan-kawan, nak bergurau pun mesti aku fikir 2 3 kali.
Memang betul sesetengah orang cakap, bila kita dah selesa dengan kawan kita. Dia gurau kasar pun kita boleh lagi gelak keluar air mata.

Tapi bukan pada aku. Itu bukan tiket untuk kau sesuka hati bercakap benda yang kurang menyenangkan kepada kawan kau. Sangat tak bagus ok

And setiap kali kalau aku terasa aku dah bergurau tahap mahadewa, aku akan pandang reaksi kawan aku. I mean curi-curi pandang. Kalau riak muka dia dah berubah, i knew that i've been too much.   So, aku akan cepat-cepat mintak maaf lepas aku melawak.

Contohnya, bila aku tertampar/tercubit/terbaling pen ke masa tengah bergurau aku akan cepat-cepat mintak maaf dekat diaorang. Aku takut sangat diaorang marah/terasa/sakit hati dengan aku. Not good hokeyy.

Aku sentiasa pegang cakap mak. "Biar kita sakit hati, jangan orang lain"

Maksudnya di sini bukan mengalah and biar orang buat kita. Tapi bila kita marah/ terasa, kita still lagi boleh kawal perasaan sendiri. Kawan yang kita sakiti tu? Mana tahu kalau kawan kita tengah bengang sebab lawak kasar atau perangai annoying kita, dia doakan kita jatuh motor, Tup tup memang jadi dekat kita haa caner? Tapi kalau Allah dah takdirkan kita jatuh motor nak buat camne kan? Tak boleh salahkan diaorang.

So, itulah kesimpulannya. Bukan nak cakap aku ni berlagak bagus ke apa. Tak bermaksud pun cenggitu. Ini sekadar perkongsian ye anak-anak.

That's all. Bye



23 Dec 2016

Hilang








Assalamualaikum



Setiap yang bernyawa pasti merasai mati,
Dan ternyata benar janji Allah itu pasti,
Mungkin hari ini, mungkin esok, tiada sesiapa pun yang mengetahui,
Tapi yang pasti kain kafan sedang di tenun tanpa kita sedari.



Hari ni, 23 Disember 2016. Genap sebulan. Arwah nenek pergi meninggalkan aku dan keluarga.
Wallahi tak terungkap dengan kata-kata. Dengan tiba-tiba dia pergi menghadap Pencipta. 

Tak pernah aku sangka kami akan letak nama 'arwah' pada pangkal nama nenek. Nenek sihat. Tak sakit. Memang betul apa yang aku baca. Syarat mati tu bukan tua. Bukan sakit. Bukan muda. Tapi TAK MENGENAL SIAPA . Bila mana Allah Swt perintahkan Izrail tu datang untuk mencabut nyawa. Siapa pun takkan dapat halang. Takkan.

Selama hayat nenek masih ada, kami sekeluarga yang jaga dia. Nenek ada 3 orang anak. Nenek pilih untuk tinggal dengan mak, anak dia yang last.

Dulu nenek ada tenaga yang kuat untuk masak, tanam sayur, sapu sampah, jalan-jalan pergi rumah jiran sebelah etc. Seronok masa ni. Aku rasa aku cucu dia paling degil kot. hehehe, sebab aku selalu buat dia rasa annoying sampai kadang-kadang kena marah and kena cubit 😅😅😅😅 
Ingat lagi masa main kejar-kejar waktu kecik, aku tak sengaja terpijak cermin mata dia. Bukan main marah nenek waktu ni. Tapi kejap je. Mungkin sebab dia tahu, cucu dia tak sengaja. Maafkan adik ye 

Syukur, Alhamdulillah untuk semua kenangan yang ada. Suka dan duka. Moga tak terpadam dari jiwa. Sampai sekarang aku rasa masih terngiang-ngiang suara dia dalam rumah ni.

Setahun sebelum dia meninggal, Allah SWT tunjuk kebesaranNya kepada kami. Nenek dah tak macam dulu, dia kembali kepada kejadian asalnya. Makan pakainya disediakan seperti bayi. Kalau dulu, nenek tahu ambik nasi sendiri. Kalau lapar, dia sendiri yang tambah. Tapi beberapa tahun sebelum dia meninggal, tak pernah keluar dari mulut dia perkataan lapar. Kalau lapar pun dia senyap je. Mungkin dia tak nak menyusahkan kami 😭😭😭😭 

Aku selalu sedapkan hati aku sendiri. Aku akan hidup dengan orang yang aku sayang sampai bila-bila. Aku paling tak suka tengok van jenazah naik sampai ke perkarangan rumah. Bagi aku cukup la last van tu naik 11 tahun dulu dan bawa arwah ayah di dalamnya. Tapi aku salah. Arwah nenek pula menyusul selepas pemergian ayah.

Allahu... betapa aku rindu nak sikat rambut nenek. Sapu bedak dekat muka dia. Potong kuku jari/kaki dia. Letak perfume dekat baju dia. Buatkan air untuk minum petang. Bergurau dengan dia even mak marah. Semua tu takkan berulang lagi.

Dulu mungkin aku tak faham maksud kehilangan. Apa je budak umur 9 tahun faham bila salah seorang ahli keluarga dia dijemput Illahi. Tapi sekarang aku lebih mengerti. Sakit rasanya. Tak tergambar. Cuma aku nak pesan sesuatu. Kepada yang membaca, aku tak kenal siapa korang. Cuma, aku mintak supaya hargai semua orang disekeliling kita. Mungkin hari ni kita bergelak ketawa dengan mereka. Tapi siapa tahu, esok kita duduk di atas rumput sambil mendengar talkin dan mengamin kan doa untuk orang yang kita sayangi. Wallahualam.


Al-fatihah, nenek. Semoga Allah menempatkan roh nenek dan ahli keluarga yang telah tiada di dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan kita dipertemukan kembali di akhirat nanti. Tenanglah disana, doa kami mengiringi pemergianmu  ðŸ˜¢




Bila Tiba by Ungu 



19 Dec 2016

Karbon dioksida tahun monyet



Assalamualaikum dan hi,





Bukan main lagi tajuk atas tu kan

*dear Cikgu Normah, walaupun bm saya dapat A- je, namun saya masih mampu menggunakan ayat hiperbola dengan betul. Maka cikgu seharusnya berbangga dengan saya* heheh

Dalam masa 11 hari lagi, InshaAllah kalau masih di izinkanNya untuk kita hirup oxygen atas bumi ni.. maka kita akan hidup dalam tahun 2017. 2016 bakal jadi memori. Sama ada memori itu manis ataupun sebaliknya, itu bergantung pada pengalaman masing-masing. Semua benda yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.

Selamat menyambut tahun baru semua... semoga azam tahun baru 5 tahun lepas yang tak terlaksana tu tercapai. lol

Sekian,

- perhimpunan tamat -



a bear was waving at the hooman who takes the picture. but deep inside its heart...

"ohh, look that dum dum delicious hooman, they looks like a fish who have a legs" 

or

"what the heck? i need a peaceful bath. wait until i slap your face"

lol





(bye bye 2016.. ohh wait volks kuning????)